Thursday, May 15, 2008

Selamat Hari Ibu

Selamat Hari Ibu. Sesungguhnya tanpa kasih dan cinta dari seorang ibu itu seumpama nakhoda kehilangan arah dan tujuan. Teringat lagi aku akan pesan ibu yang paling nyata dan berkesan, katanya "Jangan sesekali kita meminta, bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Jika kau mahu sesuatu itu, berusahalah namun jika kau gagal janganlah engkau berhenti untuk terus berusaha." Memang nampak sangat ringkas namun tetap bermakna. Bagi diri ku, terlalu luas hendak diterjemahkan akan kepentingan insan ini. Peranan dan tanggung jawab yang dimainkan memberi seribu pengertian yang amat bermakna.

Kepada Bonda yang tersayang, Selamat Hari Ibu.

1 comment:

Letting the time pass me by said...

Syurga dibawah tapak kaki ibu...