Wednesday, May 7, 2008

Carca Merba


Segala sesuatu yang terjadi ada makna disebaliknya. Perjuangan itu tidak terhenti begitu sahaja. Ianya masih memerlukan pengorbanan dan pengukuhan tindakan yang berterusan. Lihatlah apa yang terjadi pada masa kini. Kelancangan berbahasa antara darjat menjadi kayu pengukur. Sejak ketahuan manusia bumiputera lagi, junjungan yang tertinggi Tanah Melayu adalah YTM Tuanku. Inilah tunjang belakang nadi penggerak kepada bangsa dan agama. Usahlah kita berdiam diri pabila dicabar dengan sebegitu angkuh, yang pada suatu ketika dulu hanya sebagai imigran yang mencari rezeki secupak di negara ini. Berdirilah menyahut dan pertahankan kedaulatan yang selama ini teguh berdiri.

No comments: