Tuesday, May 6, 2008

Sekadar pinggitan








Kemegahan untuk terus hidup terletak pada prinsip yang diamalkan setiap hari. Kekuatan itu datangnya dari hati yang tulus ikhlas mencintai. Luasnya dunia ini dengan amalan cinta yang sejati...pada Tuhan, bangsa dan agama. Namun apakah realitinya kehidupan jika tiada kekecewaan yang mendatang. Ada yang merana kerana dikecewakan..ada yang merana kerana ditinggalkan dan ada yang sengsara kerana kesengsaraan yang telah diduga.
Aku adalah aku yang menjalani hidup sebagai manusia yang pasrah namun bersedia untuk menjadi panglima tanpa henti. Aku sayang dan sangat mencintai negara dan bangsaku. Biar melintang dan tergadah namun tidak terguris walau sekalipun. Pantang terkujur tubuh ini jika daulat bangsa dan maruahku di nodai. Apakah kuasa dan darjat yang dipunyai hingga sanggup melampaui kuasa menerjah kedaulatan negara ini yang terbina dibawah payung YTM Tuanku. berpada-padalah wahai sang durjana. Jangan dicabar darah yang merah mengalir ini..berbahasalah mengikut orang kebanyakkan.

No comments: