Monday, May 26, 2008

Air Asia VS MAS


CEO Air Asia, Tony Fernandez telah mencadangkan supaya kerajaan tidak lagi perlu memberikan subsidi kepada syarikat penerbangan milik kerajaan iaitu MAS. Malah, Fernandes juga turut mendakwa MAS diberi hak dalam menentukan harga tambang, pilihan destinasi dan kekerapan penerbangan. Oleh kerana itu, AirAsia meminta lebih banyak laluan ke Singapura yang merupakan destinasi popular dan paling menguntungkan syarikat tersebut. Sikapnya yang sebegini boleh diibaratkan seperti sudah diberi betis nak peha pulak. Selain daripada itu, dia juga turut mempersoalkan tentang industri penerbangan di Malaysia yang katanya tidak seperti di China, Thailand mahupun Indonesia yang memberi keadilan saksama kepada semua syarikat penerbangan sama ada milik kerajaan dan syarikat penerbangan murah.


Bagi aku, Tony Fernandez ini kena belajar sejarah semula. Mungkin sebab sudah terlalu lama tidak ditegur maka menjadi alpa. Dia perlu faham bahawa sejarah MAS telah bermula sejak tahun 1937 dan operasi penerbangan yang pertama sekali telahpun bermula sejak tahun 1947 di mana pada masa itu, aku fikir dia sendiri pun masih belum berada di dalam perut emaknya. Sejak tahun 1947 lagi MAS telahpun membawa imej negara ke seantero dunia dengan nama Malayan Airways Limited. Permintaan Tony Fernandez ini tidak perlulah dilayan oleh kerajaan memandangkan segala keuntungan Air Asia setelah ditolak kos operasi dan cukai semuanya dibolot oleh ahli lembaga pengarahnya. Sementara keuntungan MAS pula dapat dipulangkan kembali kepada rakyat tambahan pula majoriti pekerja MAS itu sendiri adalah orang Melayu.


Sikap tamak dan lupa diri Tony Fernandez ini cuba diselindungkan dengan alasannya untuk memperjuangkan hak 5000 kakitangannya, sedangkan hartanya sendiri sahaja telahpun mencecah kira-kira 205 juta Dollar US. Seandainya dia mengatakan bahawa negara Cina, Thailand dan Indonesia lebih adil dan saksama kepada semua syarikat penerbangan baik milik kerajaan mahupun syarikat penerbangan murah, mengapa tidak dia dan lembaga pengarah Air Asia yang lain memindahkan tapak mereka ke negara-negara tersebut? Lagipun mereka adalah syarikat swasta yang mana mereka tidak perlu pun membawa imej negara ke mana-mana sekiranya mereka tidak mahu.


Kadangkala, sikap bangsa yang lupa asal usul ini agak keterlaluan. Jangan gunakan sentimen untuk memperjuangkan yang hak sedangkan dia sendiri tidak tahu bagaimanana untuk menyumbang kepada negara. Itu belum lagi bercerita tentang sifat patriotisma. Sekarang ni dah boleh lihat macam ada satu trend pula kalangan kaum ini sudah mula mahu menunjuk taring sedangkan wakil di dalam parlimen pun dah tinggal seorang. Fikir-fikirkanlah bagaimanana hendak mendapatkan semula sokongan rakyat berbanding hanya asyik memukul tong kosong sahaja.

2 comments:

Panglima Perang Cyber said...

mantap artikel tuan...

paneh said...

memang non bumi ni tak sedar diri. kalo mereka sedar, tiadalah mereka melalak.